SUASANA DI MASJID AL-ABRAR MERIAH

Semabok, 15 Mac 2026 – Suasana penuh kemeriahan di Masjid Al-Abrar, Semabok apabila kira-kira 600 orang terdiri daripada peserta khatam dan komuniti setempat telah membanjiri masjid bagi menjayakan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir ialah YB Datuk VP Shanmugam a/l Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong serta YBrs Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Program ini membuktikan belia dan masjid terus bersatu menyemarakkan Ramadan sekaligus mengukuhkan semangat komuniti dan nilai kebersamaan dalam kalangan anak muda.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search