- JBS Melaka
- Hits: 36
PROGRAM KACAU DODOL DAN BAKAR LEMANG ANJURAN KESUKE JBSN MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 36
Ayer Keroh, 30 Mac 2026 - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kelab KESUKE telah menganjurkan Program Kacau Dodol dan Bakar Lemang yang berlangsung dengan meriah dan penuh semangat gotong-royong.
Semua warga jabatan bersama-sama berganding bahu menyediakan juadah tradisional sebagai simbol kebersamaan dan perpaduan.
Selain itu juga, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga kerjanya.
Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
