EKSPLORASI ALAM : CABARAN BERKAYAK SUNGAI TERENGGANU 2026

Terengganu, 18 April 2026 - Program Eksplorasi Alam: Cabaran Berkayak Sungai Terengganu 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 hingga 18 April 2026, menghimpunkan peserta dari pelbagai negeri bagi menyahut cabaran sukan lasak sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Program ini melibatkan aktiviti berkayak sejauh hampir 20 kilometer, bermula dari Pengkalan Warisan Pulau Manis dan berakhir di Pulau Duyong. Laluan yang mencabar ini memberi peluang kepada peserta untuk menguji ketahanan fizikal dan mental di samping menghayati keindahan Sungai Terengganu.

Negeri Melaka turut tidak ketinggalan menghantar seramai lima orang peserta bagi menyertai cabaran ini. Antara yang terlibat ialah Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka, yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong program pembangunan sukan dan rekreasi di peringkat negeri.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search