GERAK KERJA HBN MELAKA 2026 BERMULA

JASIN, 16 April 2026 - Sesi Perbincangan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Japerun Rim, Jasin. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Turut hadir ialah YB Datuk Khaidirah Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Perancang Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan, Industri & TVET) merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka; Encik Sodikin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; Saudara Mohamad Norshah Ezwan Yusof dan Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka.

Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Negeri Melaka 2026 bakal berlangsung di daerah Alor Gajah bulan Mei ini bagi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia atas sumbangan signifikan terhadap pembangunan Negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search