PROGRAM RAKAN DIGITAL : BENGKEL KESEDARAN REALITI MAYA (VR)

Alor Gajah, 18 April 2026 – Sesi pemantauan Dana Rakan Muda telah diadakan bagi Program Rakan Digital: Bengkel Kesedaran Realiti Maya (VR) anjuran Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Tangga Batu di Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah.

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dan mencuba sendiri teknologi realiti maya, di samping memahami kepentingannya dalam dunia digital masa kini. Suasana bengkel juga berlangsung dengan interaktif dan menarik, terutama apabila peserta diberi pendedahan secara hands-on.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Boovenswaran Munusamy, yang turut berkongsi kepentingan belia menguasai kemahiran digital seiring perkembangan teknologi.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja membuka minda peserta terhadap teknologi baharu, malah membantu meningkatkan kesedaran dan minat belia dalam bidang digital.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search