- JBS Melaka
- Hits: 108
LAWATAN TAPAK PROGRAM REJUVENASI EKOSISTEM BAKAU DI HUTAN SIMPAN SEBATU, MERLIMAU SEMPENA RAKAN BUMI : PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 108
MERLIMAU, 14 April 2026 – Satu sesi lawatan tapak telah diadakan di Hutan Simpan Sebatu hari ini bagi tujuan pelaksanaan Program Rejuvenasi Ekosistem Bakau sempena Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026.
Lawatan ini melibatkan kerjasama strategik antara wakil Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Politeknik Merlimau Melaka. Ia bertujuan untuk menilai kesesuaian lokasi, selain membincangkan aspek pelaksanaan serta penyelarasan program yang bakal dijalankan.
Program ini merupakan antara inisiatif penting dalam usaha memelihara dan memulihara ekosistem bakau yang memainkan peranan signifikan dalam keseimbangan alam sekitar, khususnya sebagai benteng semula jadi terhadap hakisan pantai dan habitat biodiversiti.
Selain itu, pelaksanaan program ini turut menjadi platform dalam menyemai kesedaran dan semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan belia, selaras dengan matlamat pembangunan lestari melalui penglibatan aktif komuniti setempat.
