MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG (FASA 1) PERINGKAT NEGERI MELAKA

Ayer Keroh, 15 April 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang 2026 (Fasa 1) peringkat Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Khairol Bin Khamis Penolong Pengarah Kanan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan dihadiri oleh rakan strategik dan pegawai belia dan sukan daerah.

Program Klas Renang pada tahun ini akan ada tiga kategori iaitu :-  
1) Kanak-Kanak B40 - Umur 6 Hingga 12 Tahun
2) Orang Kurang Upaya (OKU) - Umur 6 Hingga 15 Tahun
3) Warga Emas (WE) - Umur 60 Hingga 75 Tahun

Hebahan dan makluman program ini akan dimakluman dalam masa terdekat sama-sama kita nantikan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search