PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN AKTIF : LATIHAN DINAMIK KEPIMPINAN BELIA

Merlimau, 19 April 2026 – Telah berlangsung Pemantauan Jendela 2 Dana Rakan Muda 2026 di Politeknik Merlimau, Melaka bagi Program Rakan Muda Rakan Aktif: Latihan Dinamik Kepimpinan Belia.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 90 orang pelajar daripada pelbagai fakulti di Politeknik Merlimau. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kemahiran kepimpinan, meningkatkan jati diri serta membentuk belia yang lebih proaktif dan berdaya saing.

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh En. Ahmad Shukri bin Mohammed Yunus, Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar PMM.

Selain itu, program turut diserikan dengan sesi taklimat Rakan Muda yang disampaikan oleh Pn. Noor Hazlin binti Sabin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Taklimat tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai inisiatif, hala tuju serta peluang penglibatan aktif dalam program Rakan Muda.

Pemantauan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan pelaksanaan program Rakan Muda berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search