- JBS Melaka
- Hits: 29
KAYUHAN SANTAI BERSAMA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA SERTA LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK KAWASAN GADEK SEMPENA PROGRAM WRUR DUN GADEK
- JBS Melaka
- Hits: 29
GADEK, 16 APRIL 2026 - YB Dato' Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah menyertai program kayuhan santai yang turut disertakan dengan sesi lawatan pemantauan projek di sekitar kawasan DUN Gadek.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah; YBhg. Datuk TPr Saifuddin bin Abdul Karim, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG); bersama kakitangan serta wakil jabatan dan agensi di peringkat Daerah Alor Gajah. Turut sama hadir ialah En. Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Kayuhan santai yang diadakan bersempena Program WRUR DUN Gadek ini telah disempurnakan pelepasannya oleh YB Datuk V.P Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka merangkap ADUN Gadek.
Penganjuran program ini juga secara tidak langsung bertujuan menggalakkan penjawat awam untuk terus aktif dalam aktiviti sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat.
YB Dato' Azhar bin Haji Arshad turut berharap agar pelaksanaan projek fizikal yang dipantau ini dapat memberi manfaat menyeluruh, menyelesaikan isu setempat serta meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat sekitar.
Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk Polis Daerah Alor Gajah dan pasukan Penguatkuasa MPAG yang telah membantu memastikan kelancaran perjalanan program.
