- JBS Melaka
- Hits: 13
A SIMPLE MALAYSIA BMX FLATLAND COMPETITION 2026
- JBS Melaka
- Hits: 13
Ayer Keroh, 25 April 2026 – Pemantauan pelaksanaan program di bawah Geran Padanan Sukan Jendela 2 telah diadakan bagi A Simple Malaysia BMX Flatland Competition 2026 (Simpleflat 2026) yang berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh.
Majlis penyerahan cek cura berjumlah RM45,000.00 telah disampaikan oleh YB Adam Adli, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya kepada Encik Ammar Hazman bin Abdul Hamid, Pengerusi MAGS BMX Sport Club selaku penganjur program tersebut. Turut hadir YBrs. Encik Wan Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
