- JBS Melaka
- Hits: 5
JELAJAH STEM @ ALOR GAJAH PERKASA KEMAHIRAN PESERTA PENEMPATAN EMAS ARPRM
- JBS Melaka
- Hits: 5
ALOR GAJAH, 8 Mei 2026 - Program Jelajah STEM @ Alor Gajah telah berlangsung dengan jayanya bermula 7 hingga 11 Mei 2026 bagi memenuhi syarat Penempatan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Program ini dianjurkan oleh SMK Selandar dengan kerjasama UiTM Melaka Kampus Jasin.
Seramai lima peserta peringkat emas telah menyertai program ini yang memberi pendedahan kepada aktiviti berteraskan STEM serta pembangunan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
Majlis perasmian di SJKT Alor Gajah telah disempurnakan oleh Tuan Basheer Bin Abu Bakar. Turut memainkan peranan penting sebagai pemimpin ARP ialah Cikgu Rafidah Mohamad Zaham dan Cikgu Kumar A/l Arumugam.
