SMK SERI MAHKOTA TUAN RUMAH PROGRAM BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

SERKAM, 5 Mei 2026 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota terus melakar langkah proaktif apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi Program Bacaan Ikrar Belia Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2026.

Bagi memastikan kelancaran program berprestij ini, satu sesi perbincangan strategik serta lawatan tapak telah diadakan di sekolah berkenaan. Sesi ini menghimpunkan barisan kepimpinan penting daripada pelbagai agensi pendidikan dan pembangunan belia negeri.

Antara yang hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran; Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Encik Hasiran bin Leman; Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum JPN Melaka, Encik Faizal bin Otthman; serta Pengetua SMK Seri Mahkota, Puan Hajah Norhayati binti Abdul Samad.

Lawatan ini memberi fokus kepada aspek logistik, kesesuaian lokasi serta penyelarasan peranan setiap pihak yang terlibat bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan memberi impak maksimum kepada golongan belia.

Program Bacaan Ikrar Belia Malaysia ini bukan sahaja menjadi platform memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, malah turut berperanan sebagai medium penyatuan serta pembentukan jati diri belia yang berwawasan.

Dengan persiapan rapi yang sedang giat dijalankan, SMK Seri Mahkota dilihat bersedia untuk menjadi tuan rumah cemerlang bagi menjayakan program berimpak tinggi ini di peringkat negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search