MELAKA GILAP BAKAT PEMIMPIN MUDA MENERUSI PENILAIAN APBN 2026

AYER KEROH, 8 Mei 2026 – Bahang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 mula dirasai apabila persiapan akhir lokasi penilaian giat dijalankan di Pusat Hub Belia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh hari ini.

Program berprestij yang menghimpunkan belia berbakat dari seluruh negeri itu menjadi platform penting dalam mengetengahkan kepimpinan, kreativiti serta komitmen anak muda dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Suasana persiapan dilihat meriah dan teratur dengan pelbagai kemudahan serta ruang penilaian disediakan bagi memastikan proses penjurian berlangsung lancar dan profesional.

APBN bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan belia, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi muda yang berdaya saing, berwawasan dan mampu menjadi contoh kepada masyarakat.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Semoga Negeri Melaka terus melahirkan pemimpin belia yang berbakat, berketerampilan dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search