SESI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN BAGI ATLET INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) ALOR GAJAH

Alor Gajah, 7 Mei 2026 - Telah berlangsung Sesi Ujian Kercergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi Atlet IKBN Alor Gajah yang akan menyertai Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-38. Seramai 45 orang calon telah hadir dan menjalani sesi UKJK ini di Pusat Sukan IKTBN Alor Gajah.

Sesi UKJK yang dikendalikan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan semasa atlet IKBN Alor Gajah. Antara komponen ujian yang dijalankan ialah indeks komposisi tubuh, kekuatan otot, daya tahan otot, kelenturan dan kecergasan kardiovaskular.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search