- JBS Melaka
- Hits: 115
HSN 2026 MELAKA : LEBIH EPIK, LEBIH MERIAH, LEBIH PADU!
- JBS Melaka
- Hits: 115
AYER KEROH, 13 Mei 2026 – Semangat kesukanan dan kerjasama strategik terus diperkukuhkan apabila berlangsungnya Perbincangan Penyelarasan Aktiviti sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2026 yang diadakan hari ini di Ayer Keroh.
Perbincangan dipengerusikan oleh oleh YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama wakil 17 persatuan belia dan sukan Melaka bagi memperkemaskan perancangan Hari Sukan Negara Melaka 2026 agar lebih tersusun, inklusif dan berimpak kepada rakyat.
Hari Sukan Negara bukan sekadar acara sukan tetapi platform menyatukan rakyat melalui gaya hidup aktif, sihat dan penuh semangat kebersamaan. Nantikan pengumuman rasmi pelbagai aktiviti menarik sempena Hari Sukan Negara Melaka 2026 tidak lama lagi!
