JASIN GEGAR! SEMARAK BELIA @ HBN MELAKA 2026 HIMPUN KREATIVITI, TEKNOLOGI & JIWA ANAK MUDA

JASIN, 14 Mei 2026 – Bahang Program Semarak Belia @HBN Negeri Melaka 2026 kian terasa apabila persiapan akhir kini berada di fasa kemuncak di SMK Seri Mahkota, Jasin.

Pelbagai pengisian menarik dan berimpak tinggi telah disusun bagi menyemarakkan semangat Hari Belia Negara, merangkumi elemen kreatif, digital serta warisan budaya. Antara tarikan utama termasuk Pertandingan Poster AI dan Cabaran TikTok yang telah pun berlangsung lebih awal di peringkat sekolah, menonjolkan bakat serta idea segar generasi muda masa kini.

Program ini turut dimeriahkan dengan Pameran Interaktif Rakan Muda, Persembahan Gamelan yang mengangkat seni tradisi, serta laungan penuh semangat melalui Ikrar Belia Malaysia sebagai simbol komitmen anak muda terhadap negara.

Tidak ketinggalan, segmen Sukan Elektronik (eSports) yang menampilkan permainan PS5 dan Simulator Perlumbaan dijangka menjadi tumpuan utama, sejajar dengan minat belia masa kini terhadap dunia digital. Turut dibuka ialah kaunter Pendaftaran Ahli Belia dan Sukan Elektronik bagi memperluas penyertaan golongan muda dalam ekosistem pembangunan belia.

Dalam masa yang sama, gelombang Semarak Belia turut dirasai di seluruh negeri apabila Daerah Melaka Tengah mengadakan program di SMK Seri Tanjung, manakala Daerah Alor Gajah berlangsung di SMK Dato’ Haji Taib Karim.

Penganjuran ini membuktikan bahawa belia Melaka bukan sahaja aktif, malah bersedia menjadi penggerak utama masa depan negara selaras dengan tema Menggerak Belia.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search