PROGRAM KELAS LATIHAN ASAS SUKAN ORANG KURANG UPAYA (KLAS OKU) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

AYER KEROH, 12 Mei 2026 - Suasana penuh semangat dan luar biasa mewarnai Program Kelas Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka. Seramai 60 orang peserta dari golongan OKU telah menyertai program ini yang melibatkan sukan futsal, bola tampar duduk dan stacking sport. Selain menjadi platform terbaik dalam memperkasakan pembangunan sukan OKU di Negeri Melaka, program ini juga merupakan inisiatif untuk mencungkil bakat baharu serta meningkatkan keyakinan diri dan semangat kesukanan dalam kalangan OKU.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka. Turut hadir ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Merangkap ADUN Ayer Keroh, YB Tuan Kerk Chee Yee bersama Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search