- JBS Melaka
- Hits: 4
MENGGAPAI PANGGILAN ILAHI : ZIARAH PENUH MAKNA MENGIRINGI BAKAL DUYUFURRAHMAN KE TANAH SUCI
- JBS Melaka
- Hits: 4
JASIN, 12 Mei 2026 – Dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah, satu ziarah khas telah diadakan bagi meraikan kakitangan yang bakal menunaikan ibadah haji sebagai tetamu Allah SWT. Program ziarah tersebut diketuai oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, bertempat di Perumahan Awam Simpang Kerayong, Jasin.
Ziarah ini diadakan sebagai tanda sokongan, penghargaan dan doa restu daripada warga jabatan kepada bakal jemaah haji agar segala urusan dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Puan Rozana binti Ahmat, Ketua Pembantu Tadbir Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta bonda tercinta dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada 13 Mei 2026 bagi menunaikan rukun Islam kelima. Pemergian beliau sebagai Duyufurrahman merupakan satu nikmat dan panggilan istimewa daripada Allah SWT yang amat didambakan oleh setiap Muslim.
Semoga perjalanan ibadah haji ini dipermudahkan, dikurniakan keselamatan serta memperoleh haji yang mabrur, seterusnya kembali ke tanah air dengan penuh keberkatan dan keampunan.
