- JBS Melaka
- Hits: 131
PERTANDINGAN INOVASI DAN DIGITAL SEMPENA SEMARAK BELIA @ HBN MELAKA TENGAH 2026
- JBS Melaka
- Hits: 131
TANGGA BATU, 13 Mei 2026 – Telah berlangsung program “Digital Escape Room Innovation Challenge” (Kategori Individu) dan
DIGITAL INNOVATION HACKATHON ESCAPE CHALLENGE" ( Kategori Kumpulan) sempena Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2026 bertempat di Bengkel ICT, SMK Seri Tanjung, Melaka.
Pertandingan yang mendapat penyertaan seramai 120 orang peserta. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat serta kreativiti belia dalam bidang teknologi digital, inovasi dan penyelesaian masalah secara interaktif serta kreatif.
Melalui konsep “escape room” berasaskan digital, para peserta diuji dengan pelbagai cabaran dan tugasan yang memerlukan kemahiran berfikir secara kritis, kerjasama serta penggunaan teknologi maklumat dalam menyelesaikan misi yang diberikan dalam tempoh tertentu.
