SAMBUTAN SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026

ALOR GAJAH, 15 MEI 2026 – Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah di 𝗦𝗠𝗞 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗯 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺, 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan penglibatan aktif golongan belia, pelajar serta komuniti setempat.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗱𝗮𝗺 selaku Pegawai Rakan Peningkatan Prestasi Sekolah (SIP+), Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah. Turut hadir memeriahkan program ialah 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗯𝘂 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻, Pengetua SMK Dato' Haji Talib Karim serta 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Program ini dianjurkan sebagai platform bagi menghimpunkan golongan belia dalam pelbagai aktiviti bermanfaat di samping menyemarakkan semangat perpaduan, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan generasi muda.
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Haji Abd Razak bin Adam menekankan bahawa golongan belia merupakan aset penting negara yang perlu terus dibimbing dan diberi peluang untuk menyerlahkan potensi diri dalam pelbagai bidang. Beliau turut menyeru agar para belia sentiasa aktif, berdaya saing dan memainkan peranan positif dalam pembangunan masyarakat serta negara.
Sementara itu, pihak sekolah turut menyambut baik penganjuran program tersebut yang dilihat mampu memberi pendedahan serta pengalaman berharga kepada para pelajar dalam membentuk sahsiah dan semangat kerjasama.
Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 diharap dapat menjadi medium terbaik dalam memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan golongan belia ke arah melahirkan generasi muda yang cemerlang, progresif dan berwawasan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 29-05-2026, 16:25:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search