MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 MELAKA DIPERKASA

MELAKA, 3 Jun 2026 – Persiapan bagi penganjuran Festival Belia @ Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Melaka terus diperkukuh menerusi Mesyuarat Penyelarasan yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, petang semalam.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, bagi membincangkan pelbagai aspek perancangan serta penyelarasan program bagi memastikan sambutan HBN 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Turut hadir ialah Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).

Mesyuarat turut meneliti cadangan pengisian program, penglibatan pertubuhan belia, agensi kerajaan dan rakan strategik bagi memastikan Festival Belia @ HBN 2026 menjadi platform yang mampu memperkasakan pembangunan belia serta mengukuhkan semangat kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda Melaka.

Tarikh dan lokasi pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2026 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-06-2026, 18:13:16

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search