PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026

MASJID TANAH, 30 MEI 2026 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dari sekitar daerah Alor Gajah. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh En. Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang berjaya menamatkan program tersebut.

Program yang dianjurkan bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kemahiran asas renang serta meningkatkan tahap keselamatan diri ketika berada di kawasan air. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai modul latihan yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah merangkumi teknik asas renang, latihan keselamatan air dan aktiviti pembangunan keyakinan diri.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, serta berharap usaha pembangunan sukan di peringkat akar umbi seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk mewakili daerah, negeri dan negara pada masa hadapan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search