- JBS Melaka
- Hits: 87
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 87
ALOR GAJAH, 6 JUN 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dan Kompleks Sukan Masjid Tanah. Program ini telah berjaya menghimpunkan komuniti setempat melalui penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan.
Bagi tahun 2026, pertandingan ini telah melibatkan tiga acara utama iaitu sukan bola jaring, bola tampar dan futsal yang disertai oleh pelbagai pasukan komuniti di daerah Alor Gajah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh 𝗬𝗕. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝗮𝗺𝗲𝗲𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘆𝘁𝗵𝗲𝗲𝗻 𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗲𝗲𝗿, ADUN Ayer Limau. Turut hadir memeriahkan program ialah 𝗘𝗻. 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah serta 𝗘𝗻. 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti ini bertujuan menggalakkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat, memupuk semangat kesukanan dan perpaduan komuniti serta mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan di peringkat akar umbi.
