KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH JASIN 2026 MELABUHKAN TIRAI

BEMBAN, 6 Jun 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Jasin 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah di Gelanggang Bola Jaring Kompleks JAPERUN Bemban, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi itu telah menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan bola jaring dari sekitar daerah Jasin yang bersaing bagi merebut gelaran juara.

Pasukan TMNC Bellona berjaya muncul sebagai johan kejohanan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan. Tempat Naib Johan pula menjadi milik pasukan Marvick, manakala NT Vellocity dan Green Tea berkongsi kedudukan Ketiga Bersama.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Raziff Yakop, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban. Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Muhammad Norman bin Omar, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jasin.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search