- JBS Melaka
- Hits: 134
HARI ADUAN RAKYAT KERAJAAN NEGERI MELAKA SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN GADEK TAHUN 2026
GADEK, 11 APRIL 2026 - Hari Aduan Rakyat Kerajaan Negeri Melaka bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Peringkat DUN Gadek telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taman Sebang Gemilang, Alor Gajah.
Turut serta dalam program ini, YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap ADUN Gadek; Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; Ketua-ketua Jabatan dan Agensi peringkat negeri dan persekutuan serta orang awam dari DUN Gadek dan kawasan sekitarnya. Hadir bersama juga Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Program ini memberi ruang kepada rakyat untuk menyalurkan aduan, cadangan serta pandangan secara langsung kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan, sekali gus mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam agar lebih responsif, efisien dan berkesan.
Melalui platform ini juga, diharap segala permasalahan dapat ditangani dengan lebih cepat, telus dan berkesan, sekali gus memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan serta mewujudkan komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera.
- JBS Melaka
- Hits: 134
