- JBS Melaka
- Hits: 67
SESI TAKLIMAT LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI MELAKA (LSK) 2026
- JBS Melaka
- Hits: 67
AYER KEROH, 19 Jun 2026 – Bahang Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Melaka (LSK) 2026 semakin terasa. Dalam usaha memastikan LSK Melaka 2026 kali ini berjalan dengan lancar, satu Sesi Taklimat Pertandingan dan Undian Kumpulan bagi acara Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal telah diadakan dengan melibatkan wakil teknikal dan pengurus pasukan yang bakal bertanding.
Semua pasukan kini bersedia untuk berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan, perpaduan dan persaingan sihat demi merebut gelaran juara negeri.
Ayuh kita nantikan kejohanan LSK 2026 yang akan diadakan pada 28 Jun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Gelanggang Terbuka PTG Melaka.
