- JBS Melaka
- Hits: 33
BENGKEL REFRESHER PEMIMPIN BERTAULIAH ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 33
PORT DICKSON, 20 Jun 2026 – Hari kedua Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Klana Beach Resort, Port Dickson. Seramai 31 orang Pemimpin Bertauliah ARPRM dari seluruh Negeri Melaka mengikuti sesi latihan dan perkongsian yang bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kompetensi dalam pengurusan program ARPRM.
Sepanjang hari kedua, peserta telah didedahkan kepada beberapa modul utama yang merangkumi aspek perlindungan peserta, pematuhan etika, pengurusan rekod, penilaian dan pentauliahan, penggunaan Sistem Prolog serta pengurusan peserta Tahap Emas. Selain itu, peserta turut diberikan peluang mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan simulasi yang menekankan kemahiran kepimpinan, komunikasi, penyelesaian masalah serta pengendalian situasi sebenar dalam pelaksanaan program ARPRM.
Pelaksanaan modul-modul ini telah memberi pendedahan yang lebih menyeluruh kepada para pemimpin bertauliah dalam memastikan setiap aspek pengurusan dan pelaksanaan ARPRM dilaksanakan secara profesional, sistematik dan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan. Penggunaan teknologi digital melalui Sistem Prolog turut membantu meningkatkan kecekapan pengurusan peserta dan pemantauan pencapaian mereka.
Secara keseluruhannya, hari kedua bengkel berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Pemimpin Bertauliah ARPRM. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan pelaksanaan ARPRM di Negeri Melaka serta melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa dalam pembangunan belia.
