AYER KEROH, 15 Julai 2026 - JBSN Melaka mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Nurul Haida binti Ghazali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Gred S7) yang telah melapor diri bertugas mulai 15 Julai 2026.
Diharapkan agar dapat menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen dan dedikasi serta menyumbang ke arah kecemerlangan perkhidmatan.
PORT DICKSON, 10 Julai 2026 – Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Melaka 2026 melabuhkan tirainya dengan pengisian yang memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik, pemantapan kepimpinan serta penilaian akhir peserta.
Program diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan yang telah dirasmikan oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Dalam ucapannya, beliau berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel bagi memperkukuhkan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) serta melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa di Negeri Melaka.
AYER KEROH, 9 Julai 2026 - Telah berlangsung Sesi 8 Program Intervensi Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bertempat di Lobi Wisma Persekutuan Negeri Melaka.
Pada sesi ini diadakan aktiviti Salsation by SEI Intan untuk para peserta Biggest Loser bagi mendapatkan berat badan yang ideal, sihat dan kekal cergas. Terima kasih kepada peserta yang hadir jumpa lagi di sesi akan datang.
AYER KEROH, 9 Julai 2026 - Telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Melaka 2026 di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras gerak kerja, penyertaan, keperluan logistik, syarat penyertaan dan informasi kepada semua rakan strategik yang terlibat.
PORT DICKSON, 9 Julai 2026 – Hari kedua Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Melaka 2026 diteruskan dengan pelbagai sesi pembelajaran yang memberi penekanan kepada aspek pengurusan, pemantauan serta pelaksanaan program ARPRM secara sistematik dan berkesan.
Pendedahan yang diberikan bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan teknikal, malah meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi serta keupayaan peserta dalam melaksanakan program ARPRM dengan lebih berkesan di peringkat sekolah, institusi dan komuniti. Program ini selaras dengan usaha memperkasa pelaksanaan ARPRM dalam melahirkan pemimpin yang berintegriti, kompeten dan berwibawa.
AYER KEROH, 9 Julai 2026– Persiapan bagi penganjuran Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 Peringkat Negeri Melaka giat dilaksanakan menerusi sesi perbincangan dan lawatan tapak bersama wakil Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Atrium Luar Melaka Mall.
Lawatan tersebut melibatkan YBrs. Puan Wan Khadijah binti Mohd Jamil, Penolong Pegawai Tadbir MPHTJ serta YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi memastikan segala persiapan program berjalan lancar.
Warga Melaka dijemput hadir beramai-ramai pada 20 Julai 2026 (Isnin), jam 3.00 pagi di Atrium Luar Melaka Mall bagi bersama-sama menyaksikan kemuncak aksi Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.
AYER KEROH, 8 Julai 2026 – Daerah Jasin terus membuktikan kecemerlangan apabila para belianya berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Mudzaffar, MITC, Ayer Keroh.
Majlis penuh berprestij itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, sebagai tanda penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam pembangunan belia di negeri ini.
Antara penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Negeri Melaka ialah:
Kategori Pertubuhan Belia Johan – Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Merlimau Pasir (Jasin) N. Johan - Kelab Rakan Muda Tangga Batu (Melaka Tengah) Ketiga - GB4B (M) Padang Sebang (Alor Gajah)
Kategori Individu Lelaki Johan - Harris Daniel Hermee (Melaka Tengah) Naib Johan – Muhammad Nur Rusyaidi Bin Rostam (Jasin) Ketiga - Arif Danial Ahmad Syakir (Alor Gajah)
Kategori Individu Wanita Johan – Mayuri A/P S. Santar Sakar (Jasin) Naib Johan – Athifah Mardhiah Binti Khairul Anuar (Jasin) Tempat Ketiga – Alysh Alszriena Binti Azlah (Jasin)
Majlis turut dihadiri oleh YB Exco Belia dan Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar bin Haji Arshad; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran; serta barisan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan serta komitmen belia Daerah Jasin dalam memperkasa kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan komuniti. Diharapkan kejayaan yang diraih akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus menyumbang bakti, mencipta impak positif serta mengangkat martabat belia di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
AYER KEROH, 8 Julai 2026 – Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Hotel Mudzaffar, MITC, Ayer Keroh. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah, khususnya wakil-wakil dari Daerah Jasin yang telah mengharumkan nama daerah melalui pencapaian cemerlang mereka:
Kategori Pertubuhan Belia Johan – Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Merlimau Pasir
Kategori Individu Lelaki Naib Johan – Muhammad Nur Rusyaidi Bin Rostam
Kategori Individu Wanita Johan – Mayuri A/P S. Santar Sakar Naib Johan – Athifah Mardhiah Binti Khairul Anuar Ketiga – Alysh Alszriena Binti Azlah
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Exco Belia dan Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar bin Haji Arshad; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran; serta ketua-ketua jabatan negeri.
Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin semangat kepada para belia untuk terus cemerlang, berbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan belia di Negeri Melaka.
Sekalung tahniah kepada semua pemenang. Teruskan kecemerlangan demi belia, masyarakat dan negara.
PORT DICKSON, 8 Julai 2026 – Hari pertama Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Melaka 2026 di Klana Beach Resort, Port Dickson yang dihadiri seramai 39 orang peserta dari setiap Badan Operasi sekitar Negeri Melaka.
Peserta seterusnya mengikuti beberapa modul yang memberi pendedahan mengenai falsafah dan konsep ARPRM, struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pemimpin serta sukarelawan, di samping mempelajari prinsip operasi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti.
Program berlangsung dengan lancar dan mendapat penyertaan serta komitmen yang amat baik daripada semua peserta. Bengkel ini diharap dapat melahirkan Pemimpin Baharu ARPRM yang berilmu, berkemahiran dan bersedia memperkasakan pembangunan belia di Negeri Melaka.