- JBS Melaka
- Hits: 11
BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 HARI KEDUA
- JBS Melaka
- Hits: 11
PORT DICKSON, 9 Julai 2026 – Hari kedua Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Melaka 2026 diteruskan dengan pelbagai sesi pembelajaran yang memberi penekanan kepada aspek pengurusan, pemantauan serta pelaksanaan program ARPRM secara sistematik dan berkesan.
Pendedahan yang diberikan bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan teknikal, malah meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi serta keupayaan peserta dalam melaksanakan program ARPRM dengan lebih berkesan di peringkat sekolah, institusi dan komuniti. Program ini selaras dengan usaha memperkasa pelaksanaan ARPRM dalam melahirkan pemimpin yang berintegriti, kompeten dan berwibawa.
