- JBS Melaka
- Hits: 29
JASIN CIPTA KEJAYAAN DI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 29
AYER KEROH, 8 Julai 2026 – Daerah Jasin terus membuktikan kecemerlangan apabila para belianya berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Mudzaffar, MITC, Ayer Keroh.
Majlis penuh berprestij itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, sebagai tanda penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam pembangunan belia di negeri ini.
Antara penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Negeri Melaka ialah:
Kategori Pertubuhan Belia
Johan – Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Merlimau Pasir (Jasin)
N. Johan - Kelab Rakan Muda Tangga Batu (Melaka Tengah)
Ketiga - GB4B (M) Padang Sebang (Alor Gajah)
Kategori Individu Lelaki
Johan - Harris Daniel Hermee (Melaka Tengah)
Naib Johan – Muhammad Nur Rusyaidi Bin Rostam (Jasin)
Ketiga - Arif Danial Ahmad Syakir (Alor Gajah)
Kategori Individu Wanita
Johan – Mayuri A/P S. Santar Sakar (Jasin)
Naib Johan – Athifah Mardhiah Binti Khairul Anuar (Jasin)
Tempat Ketiga – Alysh Alszriena Binti Azlah (Jasin)
Majlis turut dihadiri oleh YB Exco Belia dan Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar bin Haji Arshad; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran; serta barisan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan serta komitmen belia Daerah Jasin dalam memperkasa kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan komuniti. Diharapkan kejayaan yang diraih akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus menyumbang bakti, mencipta impak positif serta mengangkat martabat belia di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
