KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2026

ALOR GAJAH, 5 Julai 2026 - Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 Julai 2026 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka yang melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta yang berumur 15 - 19 Tahun.

Program ini merupakan salah satu inisiatif intervensi sosial yang memberi penekanan kepada usaha membentuk generasi belia yang berdaya tahan, berakhlak mulia dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahaya gejala sosial, di samping memperkukuhkan kesejahteraan mental dan fizikal dalam kalangan belia.

Sepanjang tiga hari dua malam program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang berfokus kepada pembangunan sahsiah dan pembentukan jati diri, antaranya aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan, sesi perkongsian ilmu, kesedaran kesihatan mental, kecergasan fizikal, Penyalahan gunaan dadah.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Saudara Mohammad Syafik Bin Ab. Majid Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah. Turut hadir bersama En.Wan Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia Dan Sukan Melaka Tengah.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus bagi melahirkan belia yang berkualiti, berdaya saing, berkeupayaan memimpin serta mampu menyumbang secara positif kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-07-2026, 22:25:20

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search