PERSIAPAN AKHIR APBN NEGERI MELAKA 2026 DIPERKEMAS MENERUSI SESI RAPTAI

MELAKA, 7 Julai 2026 – Sesi raptai Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan lancar di Ballroom Al-Ariffin, Hotel Mudzaffar, MITC, Melaka sebagai persiapan terakhir menjelang majlis kemuncak yang akan diadakan pada 8 Julai 2026.

Sesi raptai ini melibatkan jawatankuasa pelaksana, petugas teknikal, pengacara majlis, penerima anugerah serta semua pihak yang terlibat bagi memastikan setiap pengisian dan perjalanan majlis berjalan dengan tersusun, lancar serta memenuhi protokol rasmi.

Majlis Penyampaian APBN Peringkat Negeri Melaka 2026 bakal disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan cemerlang belia, pertubuhan belia serta individu yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan belia di Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-07-2026, 22:25:20

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search