- JBS Melaka
- Hits: 20
LAWATAN TAPAK PROJEK TERNAKAN KELULUT BAGI PROGRAM AGRO BELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 20
JASIN, 21 Julai 2026 - Kampung Ayer Merbau, Jasin telah menjadi lokasi Lawatan Tapak Projek Ternakan Kelulut bagi Program Agro Belia Lestari @Rakan Mahir Negeri Melaka 2026. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek ternakan kelulut yang diusahakan oleh belia, di samping memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta memberi impak positif kepada pembangunan keusahawanan agro dalam kalangan belia.
Melalui sesi lawatan tersebut, peserta turut berkongsi perkembangan semasa projek, cabaran yang dihadapi serta perancangan untuk memperluaskan pengeluaran hasil madu kelulut. Program ini diharap dapat memperkukuh kemahiran, meningkatkan pendapatan belia serta menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang agro sebagai kerjaya yang berpotensi.
Projek ternakan kelulut ini sebelum ini telah muncul sebagai Johan Program Agro Belia Lestari @Rakan Mahir Peringkat Negeri Melaka 2026 dan menerima dana pembangunan projek bagi mengembangkan lagi perusahaan tersebut. Tahniah kepada Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Jasin atas kejayaan tersebut disamping dapat menjana ekonomi dalam kalangan ahlinya.
