JBSN MELAKA BUKA KAUNTER ADUAN SEMPENA PROGRAM HEBAT DUN MERLIMAU

MERLIMAU, 17 Julai 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSN Melaka) telah menyertai Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka sempena Jelajah Ketua Menteri Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) DUN Merlimau dengan membuka Kaunter Aduan di bawah Portfolio 7, YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitcy, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertempat di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau.

Penyertaan ini bertujuan memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan belia dan sukan, di samping menyampaikan aduan, cadangan serta maklum balas secara terus kepada JBSN Melaka.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan singgah ke Kaunter Aduan tersebut.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-07-2026, 22:25:20

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search