- JBS Melaka
- Hits: 11
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) BAGI BULAN JULAI 2026 SERTA PRAPERASMIAN HARI SUKAN NEGARA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 11
PUTRAJAYA, 16 JULAI 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi bulan Julai 2026 serta Praperasmian Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara KBS, Putrajaya.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammad Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama-sama pegawai kanan serta warga KBS sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan, kecergasan dan pembudayaan gaya hidup aktif menjelang sambutan Hari Sukan Negara 2026.
