- JBS Melaka
- Hits: 13
PROGRAM ITF UMPIRE DEVELOPMENT COURSE LAHIR PELAPIS PENGADIL TAEKWONDO
- JBS Melaka
- Hits: 13
KOMBES, 18 Julai 2026 - Sedang berlangsung Program ITF Umpire Development Course yang menghimpunkan bakal pengadil dan pegawai teknikal bertauliah dalam seni mempertahankan diri Taekwondo. Program anjuran Persatuan Taekwondo Negeri Melaka (GTF) telah disertai oleh 120 peserta terdiri daripada pemegang tali pinggang hitam dan merah.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pengadil dan pegawai teknikal yang bertauliah di peringkat akar umbi. Kursus intensif selama dua hari ini disertai oleh bakal pengadil dan pegawai teknikal terdiri daripada pemegang tali pinggang hitam dari dalam dan luar Negeri Melaka. Para peserta didedahkan dengan penguasaan teori peraturan perlawanan terkini, simulasi praktikal pemarkahan acara corak (patterns), serta teknik pengendalian gelanggang bagi acara pertarungan (sparring).
Penganjuran kursus ini merupakan langkah strategik persatuan untuk memastikan kualiti pengadilan di kejohanan tempatan sentiasa konsisten, adil, dan mematuhi standard antarabangsa. Semua peserta yang lulus ujian penilaian akhir bakal menerima sijil kebangsaan dan dilesenkan untuk bertugas dalam kalendar kejohanan domestik tahun ini.
Sebagai tanda sokongan JBSN Melaka terhadap penganjuran ini, YBhg. Tuan Pengarah JBSN Melaka, Encik Zailani bin Siran telah hadir merasmikan Program ITF Umpire Development Course bagi Tahun 2026. Hadir sama Encik Kiew Sieng Eik, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
