KOMBES MELAKA JADI SEBAHAGIAN LOKASI PENGGAMBARAN PROGRAM MAJALAH TV KESIHATAN BERTAJUK 'REKONSTRUKSI 180'

AYER KEROH, 15 Julai 2026 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka terpilih menjadi antara lokasi utama penggambaran program majalah televisyen kesihatan baharu terbitan RTM, 'Rekonstruksi 180'. Program dokumentari enam episod ini yang akan disiarkan di saluran Sukan Plus RTM dan RTMKlik memaparkan perjalanan emosi dan fizikal seorang atlet tempatan yang bangkit daripada kecederaan demi kembali beraksi di arena sukan demi mengharumkan nama negara.

Pemilihan lokasi penggambaran di fasiliti dan kemudahan dalam Negeri Melaka amnya membuktikan kualiti prasarana sukan dan kemudahan rehabilitasi di Melaka berada pada tahap terbaik untuk menyokong fasa pemulihan atlet berprestasi tinggi. Langkah ini juga dijangka meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sains sukan, aspek fisioterapi, dan sokongan psikologi dalam membina semula kerjaya seorang ahli sukan selepas ditimpa musibah.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, sentiasa menyokong program pembangunan sukan seterusnya sentiasa memastikan fasiliti dan kemudahan berada pada tahap terbaik untuk kegunaan semua.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-07-2026, 22:25:20

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search