- JBS Melaka
- Hits: 23
KOMBES MELAKA SEDIA JADI PLATFORM PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA
- JBS Melaka
- Hits: 23
AYER KEROH, 18 Julai 2026 - Pasukan Bola Jaring Sukan Negeri (SSN) SMK Seri Kota Melaka mempamerkan mutu permainan luar biasa apabila melakar kemenangan besar ke atas pasukan pelawat dari United Kingdom, King's Macclesfield School, dalam satu siri Perlawanan Persahabatan Antarabangsa yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Ayer Keroh, petang tadi.
Aksi persahabatan berprestij tinggi ini melibatkan dua kategori umur, iaitu bawah 18 tahun (B18) dan bawah 15 tahun (B15). Perlawanan itu menyaksikan dominasi mutlak skuad tempatan yang nyata lebih bersedia dari segi fizikal dan taktikal di atas padang.
Perlawanan dimulakan dengan aksi kategori B15 yang memperlihatkan jurang perbezaan ketara antara kedua-dua pasukan. Skuad B15 pilihan SSN Melaka langsung tidak memberi ruang kepada pasukan lawan untuk membina rentak permainan.
Bagaimanapun, strategi serangan balas pantas dan ketahanan fizikal yang dipamerkan oleh barisan pemain B18 pilihan SSN Melaka gagal disekat oleh pasukan pelawat. Walaupun King's Macclesfield School berjaya mengutip 14 mata hasil daripada beberapa siri serangan klinikal, Pilihan SSN Melaka kekal tenang untuk mengukuhkan kedudukan dengan kutipan 35 mata. Perlawanan berakhir dengan keputusan penuh 35-14 memihak kepada tuan rumah.
Jadi apalagi, sila hubungi 06-232116 atau kombesmelaka KBS .MY untuk sebarang pertanyaan berkaitan fasiliti kami.
