BELIA MELAKA DIPERKASA MELALUI KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN KAFETEEN NEGERI MELAKA 2026

ALOR GAJAH | 26 Julai 2026 – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN Negeri Melaka 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya selepas berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Kem Permata Resort, Alor Gajah, melibatkan penyertaan seramai 30 orang belia dari seluruh Negeri Melaka.

Program ini bertujuan memperkasa pembangunan sahsiah, meningkatkan kesedaran mengenai kesejahteraan mental dan emosi, serta memupuk nilai kepimpinan, kerjasama dan keprihatinan dalam kalangan belia. Sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai pengisian berbentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, aktiviti luar dan sesi pembangunan kendiri yang mampu membentuk belia lebih berdaya tahan, berkeyakinan serta mempunyai jati diri yang tinggi.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Suszma Khairitszi bin Mamat, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka. Turut hadir ialah Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LPPKN Negeri Melaka atas kerjasama strategik dalam menjayakan program ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin serta semangat yang ditunjukkan sepanjang kem berlangsung.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search