- JBS Melaka
- Hits: 27
PROGRAM Y-HUB MELAKA 2026 X MELAKA AGROFEST 2026
- JBS Melaka
- Hits: 27
AYER KEROH, 26 Julai 2026 - Program Y-Hub Melaka 2026 telah membuka tirai melalui penglibatan bersama dalam penganjuran Melaka Agrofest 2026 pada 𝟮𝟰-𝟮𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 bertempat di 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗔𝘆𝗲𝗿 𝗞𝗲𝗿𝗼𝗵, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮. Siri pertama program ini telah memfokuskan kepada elemen pendidikan dan kemahiran serta keusahawanan.
Dengan pelbagai pengisian di booth Y-Hub Melaka 2026 sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan serta informasi kepada golongan belia untuk menceburi bidang usahawan. Antara pengisian menarik yang telah diadakan adalah seperti jualan bazar (barista), ternakan madu kelulut, pelbagai aktiviti mari mencuba dan termasuklah sesi perkongsian berkaitan Usahawan Digital dan Ternakan Madu Kelulut yang dikendalikan oleh golongan belia sendiri.
Dengan mendapat sokongan kerjasama yang cukup baik daripada rakan strategik seperti Kolej Komuniti Bukit Beruang dan GB4B (M) Kawasan Jasin, Melaka program ini telah berjaya menarik minat golongan belia di negeri Melaka khususnya untuk bersama di Y-Hub Melaka yang berlokasi di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui penganjuran program bagi siri-siri yang seterusnya yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos dan September yang akan datang.
Program ini juga turut dihadiri oleh YBrs. En. Zailani Bin Siran, Pengarah JBSN Melaka dan YBrs. Tn. Hj. Md Emran Bin Saidi, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka disamping pengunjung-pengunjung yang hadir di Melaka Agrofest 2026.
Nantikan siri seterusnya di Y-Hub Melaka 2026!!
