- JBS Melaka
- Hits: 19
BENGKEL PENGUKUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (SRM IPT) TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 19
Kompleks Rakan Muda Kemaman, 24 Julai 2026 – Hari kedua Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) Tahun 2026 dimulakan dengan sesi perancangan penyediaan kertas kerja oleh peserta yang memberi peluang kepada setiap kumpulan membentangkan idea dan cadangan pengurusan program secara kreatif serta berimpak tinggi.
Program diteruskan dengan sesi simulasi pengurusan program yang bertujuan meningkatkan kemahiran membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan mengurus pelaksanaan program secara lebih sistematik. Peserta turut menyertai sesi perkongsian pengalaman yang membuka ruang kepada pertukaran idea, amalan terbaik dan pengalaman dalam menggerakkan Sekretariat Rakan Muda di institusi masing-masing.
Program diteruskan dengan sesi refleksi yang memberi peluang kepada peserta menilai pembelajaran serta pengalaman yang diperoleh sepanjang hari.
