PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN MAHIR : KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS & CPR / AED

ALOR GAJAH, 25 JULAI 2026 - Teraju Muda Parlimen Masjid Tanah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah telah menganjurkan Program Rakan Muda Rakan Mahir : Kursus Asas Pertolongan Cemas & CPR/ AED bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dengan penyertaan seramai 40 orang peserta dari SMK Sultan Allaudin dan SMK Lubok China.
Program ini dikendalikan oleh jurulatih asas pertolongan cemas yang bertauliah iaitu Encik Hanif Bin Zulkifli dan Encik Fahmi Bin Daud.

Program ini bertujuan untuk melatih kemahiran praktikal dalam situasi kecemasan dan memberi pendedahan asas CPR/ AED kepada peserta.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian Sijil Penyertaan telah disampaikan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search