HARI KETIGA BENGKEL PENGUKUHAN SRM IPT NEGERI MELAKA DI TERENGGANU

KEMAMAN, TERENGGANU, 25 JULAI 2026 - Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda (SRM) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Negeri Melaka Tahun 2026 melabuhkan tirai pada hari ketiga dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Bengkel Pengukuhan SRM IPT yang telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohammad.

Turut hadir bersama Encik Hafizzul Mu’az bin Abdul Manaf, Penolong Pengarah Unit Pensektoran Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Puan Nurul Haida binti Mohd Ghazali, Pegawai Rakan Muda yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel berlangsung.

Sesi penilaian bengkel turut diadakan bagi mendapatkan maklum balas peserta berkaitan pengisian, pengurusan dan keberkesanan pelaksanaan program. Maklum balas ini akan dijadikan panduan serta input penambahbaikan bagi memperkukuh pelaksanaan program SRM IPT pada masa akan datang.

Bengkel ini melibatkan seramai 63 orang peserta gabungan SRM Negeri Melaka dan Negeri Terengganu, termasuk 33 orang peserta dari Negeri Melaka yang terdiri daripada wakil Politeknik Merlimau, MMU College, UCAM, Universiti Geomatika, KPM Ayer Molek dan KPM Bandar Melaka.

Sepanjang bengkel, para peserta telah didedahkan dengan aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, penugasan kumpulan, pengurusan majlis serta perkongsian idea bagi memperkasakan peranan SRM sebagai penggerak agenda pembangunan belia di peringkat IPT.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, khususnya Penghulu dan AJK SRM IPT Negeri Melaka yang telah dipilih, atas komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif sepanjang bengkel berlangsung.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan jaringan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasa gerakan Rakan Muda di institusi masing-masing, seterusnya melahirkan mahasiswa yang aktif, berdaya saing, berjiwa kepimpinan dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Rakan Muda: Bersama Membina Generasi Masa Hadapan

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search