PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @ PARLIMEN ALOR GAJAH TAHUN 2026

JASIN, 15 OGOS 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Alor Gajah telah menganjurkan Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Alor Gajah Tahun 2026 bertempat di Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah, Jasin Melaka.

Program ini melibatkan seramai 43 orang belia Daerah Alor Gajah dan bertujuan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada golongan belia berkaitan aspek kepimpinan, kelestarian alam sekitar dan aktiviti eksplorasi alam semula jadi.

Antara pengisian utama program ialah ceramah "Kepimpinan Dalam Organisasi" yang disampaikan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Para peserta turut mengikuti ceramah bertajuk "Kelestarian Alam Tanggungjawab Bersama" yang menekankan kepentingan peranan generasi muda dalam memelihara dan menjaga kelestarian alam sekitar.

Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai Ekspedisi Jelajah Gua Bukit Batu Lebah yang dikendalikan oleh jurulatih daripada Benz Maju Services di bawah pengurusan Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah. Aktiviti tersebut memberikan pengalaman secara langsung kepada peserta menerusi aktiviti eksplorasi dan penghayatan alam semula jadi.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan.

Turut hadir ialah Encik Mohd Remiezan bin Ibrahim, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; Encik Muhammad Haiqal bin Fairul Nizam, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Alor Gajah; Encik Mohd Aliff bin Baharuddin, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Alor Gajah serta YBrs. Encik Nik Zaiman, Pengurus Eksekutif Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kepimpinan, kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan belia, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Program seumpama ini juga menjadi platform kepada belia untuk membina keyakinan diri serta mengeratkan hubungan antara golongan belia dengan agensi dan pertubuhan belia setempat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search