- JBS Melaka
- Hits: 38
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN GB4B MALAYSIA CAWANGAN MERLIMAU PASIR & MAJLIS MERAIKAN KEMENANGAN APBN 2026 NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 38
BANDAR JASIN BESTARI, 21 Ogos 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Merlimau Pasir telah berlangsung dengan jayanya, disusuli Majlis Meraikan Kemenangan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Peringkat Negeri Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh pemimpin setempat serta Pengarah dan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan meraikan kejayaan hasil usaha, komitmen serta kerjasama semua pihak yang telah bersama-sama menggerakkan agenda pembangunan belia.
Semoga kejayaan APBN 2026 ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, memperkukuhkan gerak kerja dan meningkatkan sumbangan kepada masyarakat serta negeri Melaka.
Tahniah dan syabas kepada GB4B Malaysia Cawangan Merlimau Pasir serta semua pihak yang terlibat!
