EXPLORASI BELIA SEMPENA PROGRAM INTERVENSI BELIA TIDAK BERPERSATUAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

AYER KEROH, 20 Ogos 2026 – Seramai 40 orang belia tidak berpersatuan dari seluruh daerah di Negeri Melaka telah menyertai Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan Peringkat Negeri Melaka 2026 (Ekplorasi Belia) yang berlangsung pada 20 Ogos 2026 bertempat di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama strategik Kelab Belia Kampung Batu Berendam ini merupakan satu inisiatif bagi mendekati golongan belia yang masih belum terlibat dalam mana-mana pertubuhan belia, di samping membuka ruang kepada mereka untuk mengenali, memahami serta menyertai pertubuhan belia sebagai platform pembangunan diri, kepimpinan, kesukarelawanan dan khidmat kepada masyarakat.

Sepanjang program, peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran insaniah, semangat kerjasama serta kesedaran mengenai peranan belia dalam pembangunan komuniti. Penganjuran program ini juga menjadi medium untuk menggalakkan lebih ramai belia agar tampil aktif, berani mencuba pengalaman baharu dan mengambil peluang untuk menyumbang kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti kepimpinan dan kesukarelawanan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Selandar serta Pegawai Penasihat Hal Ehwal Pelajar Universiti Geomatika Malaysia Melaka.

Semoga penganjuran Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan 2026 (Ekplorasi Belia) ini menjadi pemangkin kepada usaha memperluas penglibatan belia dalam pertubuhan dan aktiviti kemasyarakatan, seterusnya melahirkan generasi belia yang aktif, berdaya saing, berdisiplin, berkeyakinan serta mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Usaha ini selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh pembangunan belia di Negeri Melaka serta melahirkan golongan belia yang lebih proaktif, berdaya tahan dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search