- JBS Melaka
- Hits: 20
TAHNIAH PEMENANG FUTSAL KARNIVAL SUKAN INSPIRE OKU AKTIF MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 20
AYER KEROH, 25 September 2026 – Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 berlangsung meriah pada hari pertama dengan mempertandingkan acara Futsal Lelaki dan Wanita, yang menyaksikan semangat kesukanan serta persaingan sengit dalam kalangan peserta.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Abdul Latip mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Puan Zuraidah binti Jasmi, Naib Presiden Persatuan Olimpil Khas Negeri Melaka.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan!
KEPUTUSAN FUTSAL LELAKI
SMK Hang Kasturi
SSN Seri Kota
SMK Hang Kasturi
SMK Klebang Besar
KEPUTUSAN FUTSAL WANITA
SMK Lubok Cina
SMK Hang Kasturi
SMK Klebang Besar
SMK Klebang Besar
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kemeriahan acara Bocce dan Cup Stacking yang bakal berlangsung esok!
Inspire OKU Aktif – Bersukan, Berdaya Saing, Bersama!
