- JBS Melaka
- Hits: 19
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 19
AYER KEROH, 12 OKTOBER 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 bagi menyelaras perancangan, persiapan serta pelaksanaan majlis bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Secara keseluruhannya, mesyuarat telah mencapai persetujuan berhubung penyelarasan tugas dan persiapan majlis. Semua jawatankuasa yang terlibat diharap dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik bagi memastikan Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
