- JBS Melaka
- Hits: 24
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA (HSN2026) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 24
AYER KEROH, 9 Oktober 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bertempat di Surau Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka (KOMBES).
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, kelancaran dan keselamatan sepanjang penganjuran Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Negeri Melaka 2026 yang bakal berlangsung pada bulan Oktober 2026 ini.
Semoga segala perancangan dan pelaksanaan HSN Melaka 2026 dipermudahkan serta berjalan dengan jayanya.
