41 PESERTA SERTAI PROGRAM KEPIMPINAN JATI DIRI BELIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

AYER KEROH, 19 Oktober 2026 – Seramai 41 orang peserta telah hadir melaporkan diri di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka bagi menyertai Program Kepimpinan Jati Diri Belia (PKJD) Peringkat Negeri Melaka 2026 yang berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober 2026 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, Perak.

Sesi pendaftaran peserta dimulakan dengan taklimat perjalanan program yang disampaikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBS Melaka. Taklimat tersebut merangkumi pengisian program, perjalanan aktiviti serta perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh para peserta sepanjang program berlangsung.

Majlis pelepasan peserta kemudiannya telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Syammeil Mohamad Karim, Pengarah JBS Melaka, sebagai simbolik permulaan perjalanan peserta mengikuti program pembangunan kepimpinan dan pembentukan jati diri belia.

Penganjuran program selama lima hari ini bertujuan memperkukuh potensi kepimpinan, membina keyakinan diri, meningkatkan disiplin serta memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan peserta.

Program ini juga diharapkan dapat menjadi platform melahirkan generasi belia yang berdaya tahan, berintegriti, berwawasan dan mampu memainkan peranan sebagai pemimpin pelapis dalam pembangunan masyarakat, negeri serta negara.

Selamat maju jaya kepada semua 41 peserta PKJD Melaka 2026! Manfaatkan setiap peluang, pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang program untuk membentuk jati diri serta kepimpinan yang lebih cemerlang.

  MEMBINA JATI DIRI, MEMPERKASA KEPIMPINAN, MENCORAK MASA DEPAN!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search